Rabu, 29 Julai 2020

BANNERSNACK TUTORIAL

okeh korang aku nak kongsikan tutorial mudah untuk korang yang newbie nak design banner untuk page,blog atau website korang, menggunakan laman web bannersnack.(straigh foward je..fuhhh) melalut nanti takut mesej tak sampai hahahahaha...

langkah pertama

ni langkah pertama

mula-mula sediakan keropok dengan air soda hahahahaha..makan itu perlu bukan wajib ya...korang tekan butang SIGN UP, terus keluar page macam atas tu, korang log in je pakai facebook takyah pening-pening nak cipta akaun baru..


langkah dua

langkah seiringan - exist hahahaha.

bila di langkah kedua ni mudah sahaja korang pilih simple design sebab bagi aku simple lagi mudah nak sampaikan mesej kepada pengunjung laman web korang..kalau serabut pun okeh tapi tak semua serabut tu sedap mata memandang hahahaha..


langkah ketiga


tahap tiga

untuk sampai ke tahap ni, tahap korang akan di uji dengan pelbagai pilihan temple menarik dan fungsi yang korang nak guna tu..macam aku nak buat facebook cover jadi aku klik facebook cover..dan terussss....ke langkah seterusnya.(kalau rajin korang explore la lebih banyak scroll ke bawah tu macam macam ada....).


langkah seterusnya..finale

yess dah nak siap dah !!


syabas anak muda/mudi!!!  korang dah berjaya sampai ke tahap ini..kalau tak sampai juga mohon ulang semula hahaha..fasa ni korang boleh design lah mengikut citarasa korang...tapi yang dah siap kat tepi tu yang berbayar punya kalau korang ada bajet lebih boleh la langgan..bak kata pepatah dah ada yang free kenapa nak bayar...huhuhuhu..

korang boleh guna semua tool dekat tepi sebelah kanan tu lepas tu boleh letak tulisan dan ada pilihan background yang menarik juga..lepas korang dah puas hati apa lagi finalll...skill,, perasan tak, atas belah kanan tu ada butang download..kita download la ke dalam pc atau laptop kita..haaaa siap!!!

mudah benor yeop..

itulah serba sedikit perkongsian ilmu yang dapat tok turunkan kepada anda semua, tok harap kalau ada salah silap mintak ampun, kalau korang ada laman web lain yang lebih baik, kongsikan lah dengan masyarakat..

to be contineu.....




BANNERSNACK

salam sejahtera, blogger dan pembaca yang budiman

hampir semua korang mesti ada facebook kan.. lepastu kalau yang berjinak-jinak dalam perniagaan mesti nak adakan page facebook.. untuk memudahkan proses pengiklanan korang selain dari instagram, tik tok, whatsapp, telegram dan macam-macam lagi lah.. aku yakin boleh di katakan hampir semua lapisan masyarakat amnya mampu mengadakan page atau setup kedai secara maya lah senang cerita..

namun tak semua mampu untuk menghias kedai alam maya korang kan biasa la, nak kena kreatif, lepastu perlukan perkakasan seperti laptop, pc, tablet dan pelbagai lah..lepastu korang nak kene upah designer lagi kos bagai..bla bla bla...

jadi aku nak kongsikan satu website yang boleh di katakan memudahkan korang dari segi design untuk mencantikan kedai korang..jeng..jeng..jeng..

bannersnack.com



apa yang bestnya web ni korang boleh design banner korang dengan menggunakan tool yang memang dah tersedia mengikut keperluan page atau blog, atau apa-apa website korang...

serius memang kerja jadi mudah dah dah ready pelbagai contoh, tapi haaaaa ada tetapi, kalau korang nak guna yang cantik kena langgan pakej dengan diorang lah...tapi bagi aku kalau guna yang free pun dah okeh weh.. ni contoh yang aku buat.

haaa mcm pro kan..ni page FB aku..tolong like sikit..hihihi



jadi aku kongsikan link dekat sini : https://www.bannersnack.com/
korang cuba godeh-godeh dulu..sign up pakai akaun facebook pun boleh takyah penig kepala nak buat akaun baru bagai.. =).

korang cuba dulu ya..nanti aku upload simple tutorial ye..
 
to be contineu.....





NASI ARAB

salam, pembaca dan pengikut blog yang budiman, 

semalam nak di pendekan cerita aku dan keluarga jalan-jalan cari port makan best dekat area pengkalan menghala ke batu gajah melalui changkat larang..hmmmm bacanya mcm jauhkan..tapi laluannya satu ja..(bab penceritaan mesti kene gempak sikit hahahahaha..), 

kami pun bertolak dari rumah selepas solat maghrib, menuju ke destinasi...perjalan agak tenang bersaksikan lampu jalan dan suasan kampung...ada lah beberapa deretan kedai makan tapi macam tak berapa ada tarikaan, misi kami nak cari kedai yang unik sikit..jadi apa lagi mintak penumpang dalam kereta jadi pemerhati lah, takkan nak duduk diam sahaja kan.. =),

akhirnya ketemu...kedai makan yang hipster sikit lahh..dia gabungan western dan masakan timur senang cerita dia berkonsepkan vendor ada gerai-gerai kecik dalam satu kawasan..keunikkan dia bukan pada makanan tapi haaaa...pada suasana dia, pada pandangan aku sangat sesuai untuk keluarga nak bersantai nak membawang, mencili dan merempah semua lah hahahaha..

port lepak kami.

menu dia pula boleh katakan semua sedap di tekak aku lah..harga ada yang agak mahal dan ada yang biasa-biasa macam tempat lain, semalam kami telah memilih beberapa hidangan mampu milik yang kami nak makan lah...target nak makan yong tau foo tutup lah pulakkk adehhh..

nampak tahap lapar dia kan??

nasi arab pun ade..!!

ni kalau nak berangan di jendela pun boleh

mcm mini plamin pun ada.

kami sekeluarga telah memberi rating 3/5 untuk lokasi kali ini..

Al-Huda Nasi Arab Kambing Bakar sri jaya batu gajah.

waktu operasi = 6.00 pm - 11.00 pm
buka setiap hari kecuali hari isnin, 



Selasa, 28 Julai 2020

BREAK FAST

selamat pagi n morning gaiss..

jadi bila kita celik mata apa yang terlintas di perut korang haahaha, maaf bergurau, apa yang terlintas di fikiran korang, kita sebagai manusia biasa mesti dah ada set dalam minda di bawah sedar masing-masing, sebagai contoh macam anak-anak kita di sekolah kan cikgu ada suruh nyanyi kan "bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju, minum kopi, saya suka hati" hmmmm.. betul ke lirik ni...aku rasa tak semua orang yang bangun pagi akan seronok dan gembira, tapi kita seharusnya perlu rasa bersyukur sebab masih di beri nikmat kehidupan oleh yang MAHA ESA, tanpa NYA kita ni tiada apa-apa....fuhhh bab ni kalau nak tahu lebih lanjut kene berguru jangan tak berguru ya... (bab berguru ni ada rezeki aku kongsikan ye..)

jangan ikut sarapan mcm budak ni..
teremosional pulak, aku sebenarnya nak tanya korang dan sarapan ke belum? tapi melalut ke lain pula..hahahahaha, orang kata breakfast ni penting sebab kalau tak ambik boleh masuk angin, bila masuk angin nanti korang tak boleh nak buat kerja..bila tak boleh buat kerja....apa pun tak boleh hahahaha...

bagi korang yang sibuk tahap hokage ke 7 aku faham..korang selit la roti, biskut, power bar, kurma paling cikai pun air mineral...air mineral ni penuh garam dan mineral..banyak vitamain dalam tu...hahahaha..jadi rumusan dia jangan lupa ambik sarapan korang ya, tapi sarapan ni boleh je nak skip..korang jangan duk ikut sangat teori diorang tu, korang punya perut apa ada hal..sebelum subuh pun boleh sarapan apa hahahaha..

to be contineu....


C.O.M.E.B.A.C.K.


Assalamualaikum, gaisss..ayat BBNU sikit. fuhhhh!!! lama tak update blog ni.masih mampukah aku menulis blog pada zaman melenium ni, kerana kita sudah menjelang tahun 2020, sepanjang perjalanan hidup ini banyak perubahan dan permodenan berlaku dalam hidup aku, sebelum ini makan sepinggan kini dan makan 2,3 pinggan. hahahaha nafsu membuak-buak apa boleh buat, korang semua bagaimana?? takkan masih maintain.. tapi aku yakin masih ada yang maintain sebab ada ja kawan-kawan aku yang bila jumpa lepas 3,4 tahun sama ja takda beza... 


serius ni bukan aku??

tapi bila dah jadi join kelab persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) ni biasa la, yang paling ketara kat perut lahh..korang jangan nak usha perut kawan sebelah pulak.. usha je perut sendiri, kikikihh..itu lah erti bahagia beb.. apa lagi nikmat yang korang nak dustakan..aku rasa mungkin ada yang tertanya-tanya apa jadi dengan rayyan kan??? hahaha dia sihat je.. nanti lah ada masa dia menulis lah balik blog tu..

aku ingat nak upgrade sikit blog ni biar berinformasikan..baru la sesuai untuk semua golongan pembaca..

kalau korang ada idea shared la sikit.. topik-topik yang memjana sel-sel otak, sel-sel mulut korang supaya adalah sikit penjaan DHA korang tu..hahahahaha..

to be continue..

p/s: kalau ada typo minta maaf lama tak menaip..=)
 




Rabu, 6 November 2013

SS (syok sendiri)

ceritanya bermula selepas hujan pada pertengahan minggu pada awal bulan yang ke 11,malam itu sejuk jugak la maklumlah kan selepas hujan, dengan bunyi katak, cengkerik dan haiwan kecil lain turut bernyanyi keriangan mereka itu seolah olah macam baru dapat gaji pada tiap tiap hujung bulan hehehe.....

    sambil memerhatikan kesibukkan malam di tengah pekan Tanjong Apam Malim terutama nya pada simpang empat tempat tumpuan penduduk pekan itu menentukan arah tuju masing masing..trafik light itu menjadi saksi pelbagai ragam pengguna jalan raya di pekan itu..suasan cukup tenang pada ketika itu. sibuk mana sangatlah pekan ini..sampaikan bunyi katak dan cengkerik pun jelas di dengari...



    "BOS Mau minum Ape" sampuk pelayan kedai mamak "MINUM..err" "bagi saya teh Panas satu ya", balas rayyan "Mie pesan la minum ape ko nak, bayar asing ehh..hahahah" lamunan mie pun tersentap bila mamak yang ala ala shahruk khan itu muncul di depan nya..sambil mengelap meja yang sebenarnye tidak kotor pun..akai ja.."ermm..bagi saya kopi panas ya.." sambil membuat simbol gelas besar pada mamak tu.."wokkey siap..!!'" hangguk mamak itu tanda faham dengan pesanan mie tadi...

      maka bersambung lah lamunan kedua dua sahabat tadi...kedai mamak itu adalah kedai mamak yang betul betul berstatus mamak di pekan itu kerana sebelum ini kedai mamak yang lama tidak tahu status mamak nya bagaimana, ada yang kata bukan ada yang kata ya dan ada yang main bedal je janji Halal...huhuhu..

      "Mie asal aku macam tidak ada benda je nak bahan ko kan..?", soal rayyan kepada Mie sambil mengerut dahinya.."ko tu kalau tak bahan aku tak leh ke ray...nasib baik lah aku ni bukan kaki balas macam ko tau"..jawap mie sambil menghirup kopi panas gelas besar gedabak nya itu..

"hurmm entah lah aku rasa makin kelaut je jalan cerita ni jika nak di kaitkan dengan yang peranggan atas..?? ko perasan x..??", soal rayyan kepada Mie.."ye ke kejap kejap aku baca balik..bla,bla.bla ..ermm aahh la asal ehh.., ko tahu tak kenapa ray..??" balas mie sambil mata nya terkebil kebil terkena asap kopi panas itu tadi...
     "ko bukan tak tahu yang kita ni dah takde idea..ko ade idea..", "idea hmmm ada tu ade lah tapi kena fikir dulu baru lah leh kasi ..."kata mie sambil memandang siaran televisyen yang di paparkan di kaca tv itu..", "apa kata kita bersambung je lah ehh..." jawap rayyan kepada mie.."okeh jugak tu.."balas mie pantas..mereka pun memandang  admin..lalu berkata "to be continued...hahahahaha padan muka admin"..



asal aku pulak kene....OMG..
-to be continued-

Selasa, 5 November 2013

Hijrah

Hijrah 1435
Assalamualaikum,.



rayyan kembali setelah lama berehat kerana menjalankan kerja kerja penyelengaraan dan mengemaskini format file yang berada dalam sistem saraf otaknya.
           pengembaraan selepas ini pastinya lebih menarik dan penuh aksi..rasanya cukup buat masa ini kerana admin sudah lama tidak menaip dan membuatkan jalan cerita masih belum penuh untuk di luahkan dalam pengembaraan rayyan..jadi terus melekat ya pastinya blog syiok sendiri ini lebih memukau..haahahaha.